25/04/2016

3 Perkara Yang Dikasihi Oleh Allah SWT - Hadith Riwayat Muslim

Daripada Saad bin Abi Waqas RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya yang bersifat taqwa, kaya (jiwa) serta tidak menonjolkan diri.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Yang dimaksudkan dengan kaya di sini ialah kaya jiwa bukan kaya harta seperti hadith yang telah lalu.


Huraian Hadith:

Hadith ini menunjukkan kelebihan “‘uzlah” iaitu mengasingkan diri daripada manusia dan hidup bersendirian timbulnya fitnah dalam masyarakat dan tidak mampu diubah atau ditegur dan dibaiki.

Tetapi jika masih ada peluang untuk menyuruh membuat makruf dan mencegah daripada kemungkaran maka hidup dalam masyarakat adalah lebih baik.

Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang maka ia dikasihi oleh Allah SWT.

Pertama : Bertaqwa.
Kedua : Kaya jiwa.
Ketiga : Tidak menonjolkan diri.

Setiap umat Islam hendaklah memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut di atas secara berperingkat-peringkat.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin // JAKIM


EmoticonEmoticon