Daripada Anas RA katanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “ Doa-doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak oleh Allah SWT”.
(Hadith Riwayat (Abu Daud dan at-Tirmizi) dan at-Tirmizi mengatakan bahawa ini adalah hadith hasan)
Orang yang sentiasa mengamalkan doa di dalam hidup mereka akan mendapat keberkatan di dunia dan juga di akhirat.
Di antara waktu berdoa yang paling afdhal ialah di antara azan dan iqamat, di mana Allah SWT akan menerima doa tersebut.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin // JAKIM
EmoticonEmoticon